Mekah merupakan tempat destinasi utama
bagi umat Islam di dunia ini untuk menunaikan ibadah umrah dan haji.
Jadi tidak hairanlah jika Mekah dihadiri oleh jutaan manusia hampir
setiap tahun. Suatu ketika ratusan ribu jemaah haji yang sedang
melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terus
melekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah
yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.
Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat
sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf
sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan Kaabah,
beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh
dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak
jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu Kaabah.
Selepas seorang staff Masjidil Haram
mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu,
jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium
Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi
berpuluh botol minyak wangi. [Petikan Warta Perdana]
P/S: Walaupun mungkin di antara kita meragui tentang berita ini,
namun kita perlu akur bahawa tiada yang mustahil dalam dunia ini. Ini
adalah sebahagian daripada tanda kekuasaan Allah SWT. Untuk makluman,
sebenarnya kisah ini sudah lama disiarkan di akhbar Warta Perdana.Semoga
Menjadi peringatan kepada kita..
0 komentar:
Posting Komentar